Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Pengawal pantai maut dirempuh bot bawa dadah

myMetro | Pengawal pantai maut dirempuh bot bawa dadah: "NEW YORK: Seorang pegawai pengawal pantai yang menyiasat bot penyeludupan dadah dekat Santa Cruz, California semalam terbunuh apabila pemandu bot itu memecut laju merempuh dua pengawal pantai yang mendekatinya.

Bot pengawal pantai kedua mengejar bot suspek yang melarikan diri, menahan dua suspek tidak dikenali dan menemui sejumlah ganja dari kenderaan itu, kata pegawai rendah pengawal pantai, Seth Johnson. Pegawai yang maut itu mengalami kecederaan parah di kepala apabila dia dirempuh dan tercampak ke dalam lautan dekat Pulau Santa Cruz. Pegawai kedua yang tercampak dari bot hanya cedera ringan.


Pesawat pengawal pantai sebelum itu mengesan ‘bot jenis panga”, bot menangkap ikan dengan enjin motor sangkut beroperasi tanpa sebarang cahaya di perairan pulau itu.

Bot ronda Halibut pengawal pantai kemudian diarahkan ke kawasan itu. Ketika bot Halibut mendekati bot menangkap ikan itu, dua pegawai dikerah menyiasat bot yang gelap terbabit. Apabila bot kecil pengawal pantai menghampiri bot itu dengan nyalaan cahaya biru, pemandunya tiba-tiba memecut dengan laju. - Reuters"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment