Search This Blog

Tuesday, December 11, 2012

Pelajar kolej Iran kena 13 sebatan

myMetro | Pelajar kolej Iran kena 13 sebatan: "SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan 13 sebatan terhadap seorang pelajar kolej warga Iran yang mengaku salah atas dua tuduhan memiliki 244.09 gram (g) ganja di Cyberjaya, dekat sini, tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli menjatuhkan hukuman itu terhadap Hassan Aghili, 23, dan memerintahkan ia berjalan mulai tarikh tangkap tertuduh iaitu pada hari kejadian.


Abdul Rahman dalam penghakimannya berkata, tertuduh memasuki negara ini untuk melanjutkan pelajaran, tetapi bertindak membawa dadah berkenaan. Mengikut pertuduhan pertama, Hassan didakwa memiliki 207.14g ganja di bangunan New Cyber, Jalan Besar Lingkaran Cyber Point Timur, Cyberjaya, Sepang, kira-kira jam 11.15 malam, pada 4 Mac 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.


Hassan juga didakwa memiliki 36.95g dadah jenis sama di hadapan lif tingkat 13, di tempat dan pada masa sama.


Bagi pertuduhan itu, dia didakwa dan dihukum mengikut Seksyen 39A(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebatan jika sabit kesalahan."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment