Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Pekerja restoran maut, dua rakan cedera dalam kemalangan

Pekerja restoran maut, dua rakan cedera dalam kemalangan - Semasa - Sinar Harian: "GEORGE TOWN - Seorang pekerja restoran maut manakala dua rakannya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini kira-kira 1.20 pagi tadi.

Mangsa yang maut di tempat kejadian ialah Loo Toon Cheat, 24, dari Jalan Taman Thean Theik 2 di sini yang memandu kereta Proton Wira berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Ismail Idris berkata penumpang hadapan iaitu Loh Wei Jian, 20, cedera parah manakala penumpang belakang Lee Peng Hoe, 19, hanya cedera ringan.

Kedua-dua mereka dari Kampung Tok Ngah, Kuala Kurau, Perak.

"Kereta berkenaan yang datang dari arah pusat bandar dan menghala ke Bayan Baru dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas.

"Dua penumpang berkenaan terpelanting keluar dari kereta manakala pemandunya tersepit di tempat duduk dan dikeluarkan oleh pihak bomba setengah jam kemudian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Loh dan Lee dirawat di Hospital Pulau Pinang.- Bernama"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment