Search This Blog

Tuesday, December 11, 2012

Nenek disamun RM15,000

myMetro | Nenek disamun RM15,000:

GOMBAK: Seorang nenek bersama cucu yang dalam perjalanan pulang ke rumah tergamam selepas tiga motosikal dinaiki enam lelaki menghalangnya sebelum mereka memecahkan cermin kereta dan melarikan beg tangan berisi wang tunai serta barang kemas menyebabkannya kerugian RM15,000, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa berusia 51 tahun yang memandu kereta Perodua Kenari di kawasan Taman Selayang terpaksa memberhentikan kenderaannya selepas cermin hadapan kereta tiba-tiba dipecahkan kumpulan lelaki berkenaan.

Menurut sumber, belum sempat mangsa berbuat apa-apa, kumpulan lelaki terbabit terus menghampiri kenderaannya dan memecahkan cermin tempat duduk penumpang hadapan dan belakang sebelum mengacukan parang dan menyuruh mangsa menyerahkan barang berharga.
“Akibat kejadian itu, cucu perempuan mangsa yang berusia lima tahun menangis menyebabkan mangsa terpaksa menyerahkan beg tangannya dan merayu mereka tidak dicederakan.

“Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan sebaik mendapat beg itu, semua suspek terus meninggalkan mangsa tanpa mencederakan mereka,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang terselamat meminta bantuan penduduk di kawasan berhampiran menghubungi anaknya dan membuat laporan di Balai Polis Selayang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment