Search This Blog

Wednesday, December 26, 2012

Minta nasi Arab dapat nasi tomato



NASI putih yang dihidangkan kepada tetamu pada majlis perkahwinan anak Fauziah di Shah Alam pada 15 November lalu.


SHAH ALAM – Seorang ibu dan anak perempuannya kecewa apabila majlis perkahwinan yang diadakan di sebuah kelab di Seksyen U9 di sini pada 15 November lalu tidak menepati permintaan mereka.
Fauziah Osman, 53, mendakwa, perancangan yang diadakan sejak Julai bagi perkahwinan anaknya, Siti Mariam Roslan, 31, dengan Mohd. Zulhaidi Zakuan, 24, menjadi sia-sia apabila hidangan perkahwinan yang ditempah iaitu nasi Arab digantikan dengan nasi putih dan nasi tomato.
Lebih malang, kata Fauziah, pakej perkahwinan yang mencecah kos sebanyak RM37,275 itu tidak menyediakan kuantiti makanan yang mencukupi untuk 550 jemputan.
“Kami telah bersetuju untuk hidangan nasi Arab bersama dalca sayur, daging masak lada hitam, ayam goreng berempah dan air kordial seperti ketika uji rasa makanan pada 8 Julai lalu.
“Namun, kami kecewa apabila ketika majlis berlangsung pada pukul 8 malam, 15 November lalu, nasi Arab yang ditempah telah bertukar kepada nasi putih manakala katerer yang digunakan untuk menyediakan hidangan itu pula dikatakan bukan katerer ketika waktu uji rasa dahulu,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Seksyen 13 di sini semalam.
Menurut Fauziah, dia terpaksa mendedahkan masalah tersebut kepada pihak media kerana usahanya untuk menuntut ganti rugi dengan pihak pengurusan kelab terbabit sebelum ini menemui jalan buntu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2G6Ybc2aO 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment