Search This Blog

Thursday, December 6, 2012

Minta maaf lepas rempuh motosikal

myMetro | Minta maaf lepas rempuh motosikal:

ALOR SETAR: “Saya sempat meminta maaf pada arwah kerana tidak sengaja merempuh motosikalnya hingga menyebabkan dia terjatuh dan patah kaki, tetapi dia hanya berkata keadaan dirinya tidak apa-apa walaupun tidak dapat bergerak.
“Pada mulanya, saya menyangka dia hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) tetapi terkejut apabila dimaklumkan arwah meninggal dunia pagi tadi (semalam) akibat kemalangan itu,” kata Mohd Shafie Mohamad.

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin di Taman PKNK, di sini, mangsa, Ahmad Sudin, 76, dirempuh sebuah kereta dari belakang menyebabkannya cedera termasuk patah kaki sebelum disahkan meninggal dunia 24 jam kemudian ketika menerima rawatan di HSB.
Mohd Shafie, 39, yang juga anggota tentera berkata, ketika kejadian dia memandu kereta Proton Wira seorang diri dari rumahnya di Kampung Datuk Keramat, Alor Semadom, menuju ke tempat kerjanya di Kem Bukit Pinang, dekat sini.

Menurutnya, dia berada di belakang motosikal yang ditunggangi mangsa pada jarak kira-kira 25 meter dan ternampak warga emas itu tiba-tiba membelok ke Taman PKNK menyebabkan kereta dipandunya merempuh motosikal mangsa walaupun sudah cuba membrek secara mengejut.

“Saya turun dari kereta untuk membantunya yang ketika itu terjatuh di atas jalan, tetapi saya dapati dia masih mampu bercakap. Dia cuma patah kaki dan dibawa ambulans ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Namun, saya terkejut apabila dimaklumkan dia meninggal dunia (pagi semalam) menyebabkan saya bergegas untuk melihat jenazahnya. Saya tidak menyangka semua ini berlaku dan sudah memohon maaf kepada anak-anaknya,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik, HSB, di sini.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment