Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Mayat wanita dijerut dalam bungkusan kanvas

myMetro | Mayat wanita dijerut dalam bungkusan kanvas: "IPOH: Mayat seorang wanita ditemui maut dalam keadaan mengerikan dengan kedua-dua tangan dan kakinya diikat sebelum dibalut dalam bungkusan kanvas di tepi jalan berhampiran kawasan Meru Raya di sini, petang kelmarin.

Difahamkan, mangsa dikenali sebagai B Sashekala, 40, berasal dari Salak Selatan Baru, Kuala Lumpur itu, turut dijerut terlebih dulu berikutan penemuan kesan lebam pada leher selain kesan cedera pada seluruh tubuh.


Mayat mangsa ditemui orang awam jam 4.30 petang di Persiaran Meru Raya 3, berhampiran pasar raya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain dalam tempoh 12 jam sebelum dicampak di tepi jalan berhampiran Terminal Bas Bersepadu Meru Raya di sini.


Beliau berkata, laporan bedah siasat mendapati mangsa maut akibat kesan jerut di leher. “Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata, polis menjalankan siasatan daripada pelbagai aspek termasuk mendapatkan bantuan daripada polis Kuala Lumpur."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment