Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Mayat 7 lelaki dikerat ditemui dalam beg plastik hitam

myMetro | Mayat 7 lelaki dikerat ditemui dalam beg plastik hitam:

TORREON (Mexico): Sembilan orang dibunuh, termasuk tujuh lelaki yang dicincang badannya di bandar ini, kelmarin.
Mereka dipercayai mangsa jenayah berkaitan dadah, kata pihak berkuasa, semalam. 
Tujuh kepala dan tubuh lelaki, bersama tangan, lengan, kaki ditemui disumbat dalam beg plastik hitam di sebuah rumah yang dijadikan tempat perniagaan, kata pendakwa raya.

Dua lagi mayat lelaki ditemui dengan bekas tembakan di tubuh Sabtu lalu di bahagian lain di bandar industri yang terletak di Coahuila.

Pihak berkuasa masih menyiasat sama ada pembunuhan itu berkaitan dengan tindakan balas dendam oleh geng dadah lain.

Presiden Enrique Pena Nieto mengangkat sumpah Sabtu lalu sebagai president baru dari Parti Institusi Revolusi (PRI) yang pernah memerintah Mexico dengan pemerintahan kuku besi selama 71 tahun.

Mantan Presiden Felipe Calderon, mungkin akan lebih dikenali sebagai pemimpin yang memerangi kartel dadah berkuasa menggunakan tentera di mana 60,000 orang terbunuh.

Walaupun 25 daripada 37 ketua dadah paling dikehendaki berjaya ditahan atau dibunuh, pergaduhan bersenjata dan penculikan meningkat sejak 2006. - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment