Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Maut lepas tiga hari beli motosikal

myMetro | Maut lepas tiga hari beli motosikal: "KUALA LUMPUR: Malang bagi seorang lelaki yang baru saja membeli motosikal tiga hari lalu apabila maut selepas dilanggar kereta Mercedez Benz dari arah belakang di kilometer 2.6, Lebuhraya Hubungan Timur-Barat, pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa, Abdul Rashid Yusof, 39 , berasal dari Kampung Cheras Baru meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di kepala.


Difahamkan, mangsa yang dalam perjalanan ke Damansara untuk mengambil majikannya seorang warga Jepun itu dilanggar Mercedez Benz yang dipercayai hilang kawalan.

Akibat perlanggaran itu, mangsa terjatuh sebelum dilanggar kenderaan lain yang menyebabkan kecederaan parah.


Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, siasatan awal mendapati Mercedez Benz itu yang turut terbakar hampir 80 peratus akibat kejadian dan ditemui dalam keadaan melawan arus.


Bagaimanapun, katanya, pemandu kenderaan berkenaan yang berusia 24 tahun sempat menyelamatkan diri."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment