Search This Blog

Tuesday, December 11, 2012

Mati 4 hari

myMetro | Mati 4 hari: "SUNGAI BESAR: Hasrat seorang adik menemui abangnya yang tinggal berseorangan di Parit Changkat Peket 20, di sini, tidak kesampaian apabila abangnya ditemui meninggal dunia di atas sofa di dalam rumah itu, semalam.

Mayat Husin Sahmin, 66, yang masih bujang ditemui berbau oleh adiknya, Zainun, 60, yang berkunjung ke rumah itu bersama keluarganya jam 9.30 pagi bertujuan menjemputnya ke rumah mereka di Shah Alam.
Zainun ketika ditemui berkata, dia pelik apabila tiba-tiba terbau benda busuk sebaik tiba di rumah pusaka keluarga mereka itu pagi semalam selain pintu yang berkunci.

“Setiap minggu kami memang membawanya tinggal bersama kami di Shah Alam.

Namun, sejak dua minggu lalu, saya tidak dapat menjemputnya kerana suami dimasukkan ke hospital.
“Saya sangat terkejut apabila mendapati dia meninggal dunia dan lebih menyedihkan dia mati bersendirian sejak beberapa hari lalu,” katanya. "

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment