ENDAU - Gara-gara mahu mengelak sekumpulan lembu yang tidur di atas jalan, seorang lelaki yang memandu kenderaan jenis Toyota Hilux nyaris maut dalam kejadian jam 11 malam di Kampung Sungai Mengkuang, kelmarin.
Mangsa, Cham Mai Loong, 42, berkata, insiden itu menyebabkan kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam longkang sedalam dua meter berhampiran rumah seorang penduduk di kampung itu.
“Ketika kejadian saya memandu sendirian dari pekan Endau menuju ke tempat kerja di Tanjung Resang.
“Apabila turun dari jambatan Sungai Mengkuang, saya terkejut melihat sekumpulan lembu yang tidur menyebabkan saya hilang kawalan dan menekan brek untuk cuba mengelak haiwan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, dia bersyukur kerana tidak mengalami sebarangkecederaan dan turut berterima kasih kepada orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan mengeluarkan kenderaannya yang tersangkut.
No comments:
Post a Comment