Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Lembu mengamuk disangka perompak

myMetro | Lembu mengamuk disangka perompak:

ALOR GAJAH: Tiga sekeluarga terpaksa berkurung hampir dua jam dalam bilik di rumah mereka apabila terdengar bunyi bising di luar rumah yang disangka dilakukan perompak sebelum menyedari ia sebenarnya angkara sekumpulan lembu yang mengamuk dalam kejadian di Kampung Padang Kemunting, Tanjung Bidara di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Rasol Ahmad, 46, bersama isteri, Norliza Wil, 42, dan anak tunggal mereka, Mohd Fakrullah, 4, tidur sebelum terdengar bunyi mendengus diikuti bunyi benda berkecai di depan rumah mereka.

Menurut Rasol, dia menyangka rumahnya dimasuki perompak segera mengejutkan isterinya dan mereka mendiamkan diri kerana bimbang keselamatan keluarga.
“Saya terdengar bunyi pasu bunga pecah, meja dan kerusi diletakkan di anjung rumah diterbalikkan hingga menyebabkan anak yang lena turut terjaga.

“Kami tidak mampu bersuara dan turut mematikan suis lampu bilik sehingga terdengar bunyi azan Subuh. Saya memberanikan diri keluar dari bilik dan mengintai dari tingkap rumah,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, sebaik membuka pintu rumah jam 7 pagi, dia terkejut mendapati 12 lembu dewasa menggeledah depan rumah dan sebahagiannya menyondol pagar kawat duri di rumahnya hingga rebah.
“Siapa tidak marah melihat keadaan sama berulang dan ini adalah kali keempat kumpulan lembu tidak bertuan ini mengganas dalam kawasan rumah saya yang berpagar,” katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment