Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Lelaki nyaris maut ditetak -

Lelaki nyaris maut ditetak - Semasa - Sinar Harian:
KUALA TERENGGANU - Seorang bekas pengurus operasi sebuah syarikat pembekalan makanan di Mak Chili, Kemaman nyaris maut setelah ditetak bertubi-tubi oleh dua lelaki tidak dikenali yang bersenjatakan parang pada kejadian Rabu lepas.
   
Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 26 tahun ketika itu berada di sebuah gerai makan berdekatan kawasan perindustrian Telok Kalong, Kemaman sebelum didatangi dua suspek dan terus menendang dan menetak mangsa bertalu-talu sebelum melarikan diri.
   
Mangsa yang cedera parah pada bahagian tangan dan kaki dikejarkan ke Hospital Kemaman atas bantuan bapa saudaranya setelah dimaklumkan oleh penduduk kampung.
   
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, ACP K.Manoharan berkata mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk rawatan lanjut.
   
Manoharan berkata kejadian itu mungkin dipercayai dilakukan oleh bekas rakan sepejabat mangsa yang disyaki tidak berpuas hati berkaitan gaji dan lantas satu siasatan lanjut kini sedang giat dijalankan.
  
Ekoran kejadian itu, seorang lelaki berusia 27 tahun yang kini memegang jawatan mangsa yang lama ditahan bagi membantu siasatan dan suspek tersebut dipercayai mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut.
   
Menurutnya dua suspek terbabit kini giat diburu di mana mereka berkemungkinan dipercayai diupah bekas rakannya untuk mencederakan mangsa.
   
"Mangsa sudah berhenti kerja kira-kira 10 bulan lalu dan bekerja di tempat baru di bandar Cukai tetapi mungkin akibat masalah lama yang belum selesai, mangsa diserang sehingga nyaris maut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah. - Bernama'via Blog this'

No comments:

Post a Comment