Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Lelaki nyaris maut dihumban dari jambatan

myMetro | Lelaki nyaris maut dihumban dari jambatan: "CHON BURI (Thailand): Seorang lelaki nyaris maut apabila dia dihumban dari jambatan dengan tali diikat di lehernya oleh sekumpulan samseng yang ingin membunuhnya semalam.

Polis berkata, pihaknya menerima laporan bahawa seorang lelaki dihumban dari jambatan dekat jalan pintas Chon Buri-Rayong. Polis menemui tali nilon yang terputus diikat pada belebas jambatan.


Saksi memberitahu polis, sekumpulan lelaki menghumban mangsa ke bawah jambatan dengan tali diikat di lehernya tetapi tali itu terputus dan mangsa terjatuh di atas jalan raya. Mangsa berjaya mengelak daripada dilenyek beberapa trak dan kereta yang melalui jalan raya itu. Dia kemudian merangkak ke kawasan hutan berhampiran. Mangsa keluar dari tempat persembunyian apabila dia menyedari kehadiran pasukan polis yang mencarinya.

Mangsa dikenal pasti sebagai Prasarth Sattabutr, 29, mengalami patah kaki dan beberapa kecederaan lain. Dia memberitahu polis, dia diculik Sabtu lalu ketika bekerja di tapak pembinaan di estet perindustrian Sahaphat. - BP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment