Search This Blog

Thursday, December 13, 2012

Lelaki didenda RM2,000 miliki pistol mainan

Lelaki didenda RM2,000 miliki pistol mainan:

KUALA LUMPUR 11 Dis. - Seorang pembantu kantin didenda RM2,000 atau penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah mengaku bersalah memiliki sepucuk pistol mainan, minggu lalu.
Mohd. Haslan Shah Bob Hasnan, 32, mengaku memiliki senjata tiruan berjenama Marksman Repeater tanpa kebenaran.
Kesalahan itu dilakukan di Kompleks Damai, Jalan Lumut, di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari, 4 Disember lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Bapa kepada tiga anak itu juga mengaku bersalah terhadap pertuduhan gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri pada masa dan tarikh serta tempat yang sama.
Bagi pertuduhan itu, dia didenda RM200 atau penjara 20 hari jika gagal membayar denda berkenaan.
Pertuduhan mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendali oleh Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan (ASP), Zulkifli Osman di hadapan Majistret Nurul Ain Abdul Rahim manakala tertuduh diwakili peguam bela, S. Narasimhan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121212/ma_03/Lelaki-didenda-RM2000-miliki-pistol-mainan#ixzz2Ew2bCeqH
© Utusan Melayu (M) Bhd 

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment