Search This Blog

Tuesday, December 11, 2012

Ketua polis simpan perempuan kembar dipecat

myMetro | Ketua polis simpan perempuan kembar dipecat: "BEIJING: Seorang ketua polis China dituduh di Internet menyimpan dua adik-beradik kembar sebagai perempuan simpanan telah dipecat, lapor media kerajaan semalam. Ia adalah kes terbaru pegawai kerajaan yang terjebak dalam skandal seks dan rasuah di negara itu sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Ketua Polis Wusu, bandar kecil di wilayah Xinjiang di barat daya China, Qi Fang disingkirkan daripada jawatannya selepas berita bahawa dia menyimpan dua perempuan simpanan dan mendapatkan pekerjaan untuk mereka dalam pasukan polis terbongkar, lapor media kerajaan, Global Times. Qi mengatur pekerjaan untuk dua wanita terbabit selepas dia dinaikkan pangkat tahun lalu untuk mengendalikan Biro Keselamatan Awam tempatan yang menyelia pasukan polis. - AFP"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment