Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Kejutan tertuduh keempat

myMetro | Kejutan tertuduh keempat: "SHAH ALAM: Peguam kepada R Kathavarayan, tertuduh keempat didakwa di Mahkamah Tinggi di sini, atas tuduhan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya secara tiba-tiba menarik diri daripada mewakili pekerja ladang itu, semalam.

Ravi Nekoo mengambil tindakan itu kira-kira sejam selepas Khatavarayan mengejutkan mahkamah apabila memberitahu majikannya yang juga bekas peguam N Pathmanabhan ada mengunjungi Ladang Gadong, Banting, dekat sini, bersama rakan-rakannya pada hari semua mangsa didakwa dibunuh.
“Saya tidak mempunyai pilihan selain ingin menarik diri atas alasan bukti yang dikemukakan berbeza dengan arahan yang diberikan Kathavarayan,” katanya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir kemudian membenarkan permohonan itu dan memberikan Kathavarayan tempoh sehingga pagi ini sama ada untuk meneruskan perbicaraan dengan diwakili peguam lain yang dilantiknya atau dilantik mahkamah.


Beliau juga mengarahkan Kathavarayan diberikan masa untuk berbincang dengan ahli keluarganya dengan dikawal polis dan diasingkan daripada tiga tertuduh lain sepanjang berada dalam tempoh tahanan."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment