Search This Blog

Saturday, December 15, 2012

Kecewa nama bapa diperalat

myMetro | Kecewa nama bapa diperalat: "SHAH ALAM: “Kami adik-beradik sangat kecewa apabila ada individu yang menyalahgunakan nama bapa semata-mata untuk menipu orang ramai dan mencemarkan imej kaedah rawatan Islam,” kata Hamdi Haron, anak kedua kepada Pengasas dan Penasihat Darussyifa’, Datuk Dr Haron Din.

Hamdi, 39, berkata, lebih menyedaihkan apabila ada pihak yang menyalahkan bapanya dan Darussyifa’ jika rawatan yang dilakukan si penyamar tidak menjadi sedangkan banyak wang sudah dihabiskan.


Hamdi, yang juga Ahli Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas Darussyifa’ menegaskan bapanya tidak sesekali mengenakan sebarang bayaran ke atas apa jua rawatan yang dijalankan kerana ia terpulang kepada individu berkenaan untuk memberikannya sebagai sagu hati.

Katanya, Darussyifa’ dan Haron tidak pernah menjual sebarang batu azimat untuk dijadikan cincin mahupun loket kononnya dapat menangkis ilmu sihir terhadap mereka.


“Mempercayai batu tertentu mempunyai kuasa untuk menghindar dari terkena sihir adalah syirik hukumnya dan ia boleh menyesatkan umat Islam,” katanya kepada Harian Metro, semalam."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment