Search This Blog

Saturday, December 15, 2012

Kastam rampas dadah RM3.2 juta

Kosmo! Online - Negara:

ABDUL WAHABI (dua dari kanan) bersama pegawainya menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas daripada seorang lelaki pada sidang akhbar di Pelabuhan Klang semalam.


PELABUHAN KLANG – Tembelang seorang lelaki yang menjadikan sebuah unit kondominium di sini sebagai tempat untuk membungkus dadah terbongkar apabila dia diberkas bersama pelbagai jenis bahan terlarang itu yang bernilai RM3.2 juta kelmarin.
Suspek yang berusia 40 tahun itu diberkas ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dipandunya ditahan sepasukan anggota kastam di persimpangan lampu isyarat di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur pada pukul 1.30 petang.
Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan) Kastam Selangor, Abdul Wahabi Abdullah berkata, hasil pemeriksaan pihaknya menemui 500 gram dadah disorok di bawah tempat duduk penumpang hadapan kenderaan tersebut.
“Hasil soal siasat kemudian membawa kami ke kondominium yang terletak di Jalan Dutamas Raya dan pemeriksaan menemui pelbagai jenis dadah seperti syabu seberat lima kilogram, 35,000 biji pil ekstasi, 1,700 biji pil eramin 5, ketamin dan wang hampir RM30,000.
“Kesemua dadah itu termasuk kenderaan tersebut dianggarkan bernilai RM3.2 juta. Siasatan awal mendapati kesemua dadah itu untuk pasaran tempatan,” katanya pada sidang akhbar semalam.
Suspek yang juga seorang rakyat tempatan dipercayai bergiat mengedar dadah sejak sebulan lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz2F6uls6Ym 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment