Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Kalau dah kaki mabuk

myMetro | Kalau dah kaki mabuk: "KENINGAU: Cubaan seorang petugas keselamatan atau ‘bouncer’ sebuah pusat hiburan, di sini, untuk meleraikan pergaduhan pengunjung berakhir dengan dia terpaksa menerima lapan jahitan di kepala selepas dilibas menggunakan kepala tali pinggang oleh seorang lelaki mabuk, kelmarin.

Dalam kejadian itu, Asman Rafie Bulasan, 37, yang berlumuran darah akibat kesan koyakan lebih lima sentimeter di kepala dikejarkan orang ramai ke Unit Kecemasan Hospital Keningau bagi mendapatkan rawatan, kira-kira jam 2 pagi.
Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan cuba meleraikan pergaduhan antara seorang lelaki mabuk dengan beberapa pengunjung lain.

Menurutnya, mangsa membawa lelaki berusia 25 tahun itu keluar dari pusat hiburan itu bagi mengelak kejadian lebih buruk.


“Secara tiba-tiba, lelaki itu naik angin dan membuka tali pinggang lalu melibas ke arah mangsa sehingga terkena bahagian kiri kepalanya.

"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment