Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Jumpa balik RM51,000

myMetro | Jumpa balik RM51,000:

LANGKAWI: Empat perompak berusia antara 27 dan 34 tahun yang terbabit dalam kes rompakan kaunter tiket syarikat feri di Jetty Point, di sini, Jumaat lalu, tidak sempat berjoli dengan wang rompakan lebih RM100,000 apabila diberkas polis dalam dua operasi berasingan.
Suspek sebelum ini melarikan wang tunai kira-kira RM107,000, namun polis berjaya memperoleh semula RM51,000 yang disorok dalam sebuah kereta dan beberapa rumah di sekitar daerah ini.

Pada masa sama, sejumlah RM21,000 wang hasil jualan tiket yang disimpan dalam peti simpanan sama tidak diusik kumpulan perompak terbabit pada hari kejadian.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim, berkata polis turut merampas tiga bilah pisau, beg galas, topi keledar dan kain dipercayai digunakan suspek dalam rompakan itu.

Katanya, serbuan pertama ke atas sebuah kereta sewa dilakukan dalam tempoh kurang dari 24 jam dan berjaya memberkas tiga lelaki warga tempatan selain turut merampas RM16,000 di dalam sebuah beg galas.

“Siasatan mendapati dua daripada suspek adalah bekas pekerja syarikat feri terbabit, manakala seorang lagi adalah bekas anggota tentera laut.
“Siasatan selanjutnya membolehkan polis menahan seorang lagi suspek yang juga perancang utama kejadian rompakan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi di sini, semalam.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment