Search This Blog

Thursday, December 6, 2012

Jenain mohon maaf kepada keluarga Aminulrasyid

Kosmo! Online - Negara:


SHAH ALAM – Koperal Jenain Subi yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah memohon maaf kepada keluarga remaja itu atas kejadian tersebut.
Bagaimanapun, Jenain berkata, keputusan mahkamah membuktikan bahawa dia tidak bersalah dalam kes tersebut.
“Alhamdulillah, semua ini kuasa Tuhan dan selama ini saya berserah kepada-Nya. Hari ini terbukti siapa salah dan siapa tidak salah dan akhirnya saya mendapat keadilan sewajarnya.
“Saya minta maaf kepada keluarga Aminulrasyid atas apa yang berlaku,” katanya yang ditemani peguam M. Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd. Hilmi di luar mahkamah selepas selesai prosiding.
Bapa kepada empat orang anak yang telah 25 tahun dalam pasukan polis memberitahu, kejadian tersebut tidak mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat sebagai anggota polis.
Sementara itu, isteri Jenain, Siti Nuraniza Tamrin, 38, pula bersyukur dengan keputusan mahkamah dan menganggap doanya dimakbulkan oleh Allah.
Katanya, sepanjang tempoh pertuduhan ke atas Jenain, hidupnya sekeluarga merana kerana ada segelintir pihak memandang serong terhadap mereka.
“Keputusan ini melegakan hati saya apabila suami mendapat pembelaan sewajarnya,” kata wanita itu.
Tambah Nuraniza lagi, jika suaminya berhasrat untuk meneruskan perkhidmatan dalam polis, dia berharap Jenain tidak diberi tugas yang melibatkan penggunaan senjata api.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1206&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz2EHQjzAwN 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment