Search This Blog

Saturday, December 15, 2012

Jacintha kritik layanan buruk kakitangan senior

myMetro | Jacintha kritik layanan buruk kakitangan senior:

LONDON: Jururawat yang ditemui mati tergantung selepas menerima panggilan palsu, dilaporkan meninggalkan nota mengkritik kakitangan senior Hospital King Edward VII.
Jacintha Saldanha, 46, terpedaya oleh panggilan palsu daripada dua pengacara sebuah stesen radio Australia yang menelefon isteri Putera William, Kate Middleton.

Satu inkues diberitahu, ibu dua anak dari Bristol itu ditemui di kuarters jururawat oleh seorang rakan dan seorang pengawal keselamatan Jumaat lalu.
Mahkamah Koroner Westminster di London juga diberitahu, tiga nota turut ditinggalkan di biliknya dan ada tanda kecederaan pada pergelangan tangan Jacintha.

Menurut laporan Daily Mirror, sepucuk surat itu mengkritik cara dia dilayan oleh rakan seniornya di hospital swasta berkenaan.

Akhbar itu mendakwa, keluarga Jacintha marah dengan pendedahan berkenaan dan suaminya, Ben Bar- boza mendesak diadakan siasatan penuh terhadap kematian jururawat itu.
Ia memetik satu sumber yang rapat dengan keluarga itu sebagai berkata: “Sepucuk surat itu, yang terpanjang ialah mengenai hospital itu dan nadanya bersifat kritikal. “Barboza mahu siasatan penuh diadakan. Antara kandungan surat itu, Jacintha mendedahkan beberapa layanan buruk yang diterimanya di hospital itu.

Mayat jururawat itu ditemui tiga hari selepas dia menyambungkan panggilan palsu daripada pengacara sebuah stesen radio Sydney, Michael Christian dan Mel Greig yang menyamar sebagai Ratu Elizabeth dan Putera Charles, meminta supaya disambungkan kepada Kate.
Isteri William itu dirawat kerana mabuk hamil di hospital King Edward, tempat Jacintha bekerja.

Koroner Westminster, Dr Fiona Wilcox memulakan inkuesnya pagi semalam sebelum menangguhkannya hingga 26 Mac tahun depan.

Ketua Inspektor, James Harman ketika memberi keterangan, berkata, terdapat kecederaan pada pergelangan tangan jururawat itu apabila dia ditemui tergantung di kuartersnya. - DM

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment