Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Izin suspek ambil SPM

myMetro | Izin suspek ambil SPM: "ALOR SETAR: Polis mengesahkan remaja lelaki yang terbabit kemalangan maut yang mengorbankan seorang nenek dan seorang daripada dua cucu kembarnya di Kampung Kobah, Pendang, kelmarin, dibebaskan sementara bagi membolehkannya menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pemangku Ketua Polis Daerah Pendang, Asisten Superintendan L Pubadi berkata, remaja berusia 17 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis petang kelmarin selepas keterangannya diambil. Menurutnya, remaja terbabit yang memegang lesen memandu P (Percubaan) membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang berhubung kejadian itu kelmarin, sebelum ditahan. Dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment