Search This Blog

Wednesday, December 26, 2012

Hadiah bapa bawa bencana




INILAH motosikal Honda CBR yang ditunggangi Muhammad Amshar yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas semalam.


GEORGE TOWN – Kegembiraan seorang remaja lelaki menunggang motosikal berkuasa tinggi yang dipercayai baru dihadiahkan oleh bapanya berkecai apabila dia maut dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, Bayan Lepas di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 5 petang, mangsa Muhammad Amshar Aniq Ruzaidi, 16, mati di tempat kejadian apabila motosikal berkuasa 1,000 cc yang ditunggangi terbabas lalu merempuh belakang sebuah kereta Perodua Myvi yang diekorinya.
Mayat mangsa ditemui terbaring di atas jalan manakala motosikal jenis Honda CBR itu pula terseret sejauh 38.5 meter dari lokasi mayat mangsa.
Semasa kejadian, remaja berasal dari Taman Utara, Batu Uban itu menunggang seorang diri dari Bayan Lepas menuju ke pusat bandar bandar.
Difahamkan, Muhammad Amshar baru memperoleh lesen memandu motosikal berkuasa tinggi pada 13 Disember lalu. Motosikal itu pula dikatakan hadiah ayahnya.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1226&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2G6YyFYpG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment