Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Habis pantang redah banjir

myMetro | Habis pantang redah banjir:

GEMAS: “Walaupun baru beberapa hari habis berpantang anak kedua, saya nekad meredah banjir paras lutut untuk ke pusat pemindahan sambil mendukung anak kerana bimbang banjir lebih teruk,” kata Norhafizah Hashim, 26, seorang daripada 135 mangsa dari 27 keluarga yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda Jelai 4, dekat sini, kelmarin.
Banjir berlaku susulan hujan lebat jam 5 petang sebelum air melimpah pada malamnya menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan penduduk di tanah rancangan itu segera berpindah, dikhuatiri air semakin naik.

Menurut Norhafizah yang tinggal bersama ibu mentuanya, pada jam 11 malam, beberapa ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) datang dan menasihat supaya segera meninggalkan rumah untuk ke tempat lebih selamat.
“Saya keluar dari rumah ke pusat pemindahan itu jam 11 malam kerana seluruh kawasan rumah dinaiki air separas lutut. Hujan lebat kira-kira sejam lewat petang semalam (kelmarin) sebelum air mulai naik jam 8.30 malam.

“Ini pengalaman pertama yang tidak boleh saya lupakan kerana terpaksa meredah banjir sambil mendukung anak, Norfatihah Ramlan yang berusia dua bulan.

“Syukur kerana kami semua selamat daripada bahaya akibat banjir,” katanya ketika ditemui di pusat pemindahan itu, pagi semalam.
Seorang lagi mangsa, Jamaludin Wan Teh, 59, berkata, setiap kali tanah rancangan berkenaan dilanda banjir, rumahnya antara yang terawal ditenggelami air.

Menurutnya, bukan mudah meninggalkan rumah diduduki sejak 29 tahun lalu dan atas dasar itu pada malam kejadian dia rela tidur di atas kerusi di bahagian hadapan rumah.
“Apa yang saya musykilkan rumah saya ini rumah mangsa banjir, tetapi keluarga saya tidak menetap di pusat pemindahan. “Jika diikutkan tahun sebelumnya, saya tetap mendapat bantuan, tetapi pada kali ini borang saya diketepikan kerana pihak berkaitan mengutamakan keluarga yang menetap di pusat pemindahan terlebih dulu,” katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment