Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Enam lelaki ditahan bantu kes pemilik bistro ditikam

Enam lelaki ditahan bantu kes pemilik bistro ditikam - Semasa - Sinar Harian:
GEORGETOWN - Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pemilik bistro maut ditikam ketika dia cuba meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan di hadapan premisnya di Jalan Burma di sini semalam.
   
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata mereka yang berusia antara 18 hingga 26 tahun itu ditahan di beberapa lokasi di sekitar bandar raya ini.
   
"Empat lelaki ditahan di sebuah restoran makanan segera di Greenlane beberapa jam selepas kejadian. Salah seorang daripada mereka mempunyai kesan kecederaan di kepala.
   
"Dua lagi lelaki ditahan di bandar raya ini pada pukul 9.15 malam tadi. Usaha mengesan beberapa lagi suspek giat dijalankan," katanya.
   
Gan berkata kesemua mereka direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
   
"Siasatan setakat ini mendapati 10 orang daripada dua kumpulan iaitu Geng 24 dan Geng Peh terlibat dalam pergaduhan itu selepas mereka berhibur di premis milik mangsa,"  katanya.
   
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau  melihat kejadian berkenaan agar menghubungi balai polis berdekatan atau Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04- 2181822.
   
Dalam kejadian 3 petang itu, Keoh Thian Poh, 26, maut selepas tiga jam dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat ditikam di belakang badannya. - Bernama
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment