Search This Blog

Thursday, December 13, 2012

Dua maut kenderaan dipandu bertembung

Dua maut kenderaan dipandu bertembung: "BESUT 12 Dis. - Dua lelaki maut selepas kenderaan yang dipandu masing-masing bertembung dalam kejadian di Jalan Penarik-Kampung Raja, berhampiran sempadan daerah Besut-Setiu, malam tadi.

Tuan Amir Hamzah Tuan Marzuki, 19, yang memandu kereta jenis Proton Aeroback maut di tempat kejadian manakala Md. Shariff Abdul Manaf, 40, pemandu kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Daerah Besut.

Pengawal Balai Bomba Besut Rosmadi Jusoh yang mengesahkan kejadian, berkata kemalangan berlaku pukul 8.30 malam dan pihaknya menerima panggilan kira-kira 20 minit selepas itu bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit. - BERNAMA"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment