Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Dua beranak maut kereta bertembung lori balak

Dua beranak maut kereta bertembung lori balak - Semasa - Sinar Harian: "IPOH - Dua beranak terbunuh apabila kereta mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori balak di Km 82 Jalan Kuala Kangsar-Gerik tengah hari tadi.
 
Mereka ialah Zauwiah Husin, 40, dan anak lelakinya Mohamad Faris Jefri, 11, dari Taman Desa Mutiara, Gerik.
 
Kedua-dua mangsa mengalami cedera parah dan meninggal di tempat kejadian. Mayat mereka dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat, kata Ketua Polis Daerah Gerik, Supt Abdul Manaf Bahari.
 
Beliau berkata kereta Proton Pesona yang dipandu Zauwiah dikatakan gagal dikawal lalu terbabas ke kanan jalan dan bertembung dengan lori tersebut yang datang dari arah bertentangan.
 
Dua beranak itu dalam perjalanan dari Kuala Kangsar menuju rumah mereka.
 
Pemandu lori itu hanya cedera ringan dan membuat laporan polis berhubung kejadian, katanya.  - Bernama

"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment