Search This Blog

Saturday, December 15, 2012

Dua beradik ditemui lemas

Kosmo! Online - Negara:



ANGGOTA bomba membungkus mayat dua beradik yang ditemui lemas ketika mandi-manda di Sungai Langat, Dusun Nanding, Kajang semalam.


KUALA LUMPUR – Selepas tiga hari usaha mencari dan menyelamat dijalankan, dua beradik yang dilaporkan hilang ketika mandi-manda di Sungai Langat, Dusun Nanding, Kajang ditemui lemas semalam.
Mayat Mohammad Syawal Azhari, 17, dan Mohammad Tarmizi, 13, masing-masing ditemui pada pukul 7.45 pagi dan 20 minit kemudian oleh anggota bomba. Jarak antara kedua-dua mangsa ketika ditemui kira-kira 1.4 kilometer.
Ketua Operasi dan Penyelamat Balai Bomba Kajang, Ariss Mohamed Kassim berkata, mayat adik ditemui lengkap dengan pakaian dan seluar manakala mayat abang pula ditemui hanya memakai seluar panjang.
“Ketika ditemui, keadaan fizikal mayat dua beradik itu telah mengalami perubahan kerana telah berada di dalam air selama tiga hari,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Kata Ariss, mayat Mohammad Syawal ditemui terapung dekat dengan tebing Sungai Langat iaitu satu kilometer dari lokasi mereka lemas, manakala mayat Mohammad Tarmizi ditemui terapung dekat dengan loji penapisan air Syabas. Mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Khamis lalu, Kosmo! melaporkan, dua beradik itu dikhuatiri lemas apabila Mohammad Syawal terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Mohammad Tarmizi yang dibawa arus ke tengah ketika sedang mandi-manda bersama tujuh lagi rakan mereka pada pukul 3 petang.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1215&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz2F6wh8DOE 
Hakcipta terpelihara 

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment