Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Drebar China dijel 6 minggu

myMetro | Drebar China dijel 6 minggu: "SINGAPURA: Seorang pemandu bas warga China yang terbabit dengan mogok industri yang pertama di republik ini sejak 26 tahun lalu dipenjara enam minggu selepas dia mengaku bersalah, kata pendakwa raya kerajaan semalam.

Bao Feng Shan, 38, didakwa kerana peranannya dalam mogok itu yang disifatkan kerajaan sebagai mogok haram.


Laporan media mengatakan Bao tidak diwakili peguam.

“Pemandu itu mengaku bersalah atas tuduhan dikenakan terhadapnya dan dipenjarakan selama enam minggu,” kata jurucakap Kamar Peguam Negara.


Empat lagi pemandu China turut dituduh minggu lalu kerana pembabitan mereka dalam mogok pada 26 dan 27 November lalu, yang pertama di Singapura sejak 1986 dan direman selama seminggu untuk siasatan lanjut. Mereka akan tampil semula di mahkamah Khamis ini.


Jika didapati bersalah, mereka bakal berdepan hukuman penjara setahun, denda maksimum SG$2,000 (RM 4,989) - bersamaan dengan dua bulan gaji atau kedua-duanya sekali.


Singapura kelmarin menghantar pulang 29 pemandu lain yang turut mengambil bahagian dalam mogok itu selepas permit kerja mereka dibatalkan. - ST"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment