Search This Blog

Wednesday, December 26, 2012

Dijel 4 tahun, satu sebat tiada dokumen perjalanan sah



SEREMBAN -  Seorang lelaki Indonesia dikenakan hukuman penjara empat tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, kelmarin, kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tinggal di negara ini secara haram.

Majistret Marsilawati Mohd Shah membuat keputusan itu terhadap Khairol Yahdi, 20, selepas menimbangkan fakta kes, hujah pendakwa dan rayuan tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1953/1969 (Pindaan 2002) kerana tiada permit sah untuk tinggal sementara di negara ini, di Klinik Najihah, Semarak 2, Nilai, pada 12 Disember jam 11.40 pagi.

Jika sabit kesalahan, dia boleh didenda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali dan boleh dikenakan maksimum enam kali.

Pegawai Pendakwa Inspektor M Shanmugavell memohon hukuman setimpal manakala tertuduh merayu hukuman diringankan.

No comments:

Post a Comment