Search This Blog

Thursday, December 6, 2012

Bergurau sebelum ajal

myMetro | Bergurau sebelum ajal:

KUALA KANGSAR: “Arwah sempat makan malam dan bergurau dengan kami sekeluarga pada malam kejadian sebelum keluar mengisi minyak motosikal,” kata Mashuza Jamil, 30, kakak kepada Mohamad Aidil Jamil, 20, yang maut dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Kilometer 17, Jalan Kuala Kangsar-Padang Rengas, di sini, malam kelmarin.
Kejadian sama meragut nyawa seorang lagi penunggang motosikal dikenali sebagai S Shangkar, 21.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, motosikal Yamaha RXZ ditunggangi Mohamad Aidil dari arah Taiping menuju ke Kuala Kangsar dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu merempuh bahagian hadapan motosikal Honda EX5 ditunggangi Shangkar yang datang dari arah bertentangan.
Menurut Mashuza, adiknya bekerja sebagai pembantu tukang masak di sebuah kelab golf di Batu Gajah pulang bercuti ke kampung, sejak Sabtu lalu sebelum memaklumkan hendak keluar mengisi minyak motosikal pada malam kejadian.

“Sebelum itu, tiada perilaku pelik ditunjukkan arwah, sebaliknya dia sempat berjenaka dengan kami sekeluarga. Kami sekeluarga tidak menyangka ia jenaka terakhir arwah.

“Bagaimanapun, setengah jam selepas arwah keluar dari rumah, saya menerima khabar duka apabila dimaklumkan arwah terbabit kemalangan. Keadaan bertukar hiba apabila kami sekeluarga dimaklumkan arwah maut serta-merta di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Katanya, dia sekeluarga tidak menyangka ia cuti terakhir arwah bersama kami sekeluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Gaffar Muhamad berkata, kemalangan membabitkan dua motosikal itu menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
“Siasatan awal mendapati Mohamad Aidil dipercayai memandu laju dan hilang kawalan serta masuk ke jalan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang Shangkar.

“Kedua-dua mayat di bawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing, pagi semalam,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa berasal dari Padang Rengas.

Menurutnya, kedua-dua mangsa juga tidak mempunyai lesen memandu sah dan kes disiasat mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Shukri berkata, beliau meminta orang ramai yang mengetahui maklumat lanjut mengenai kemalangan itu di minta menghubungi balai polis berhampiran atau Balai Polis Kuala Kangsar di talian 05-7762222.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment