Search This Blog

Thursday, December 6, 2012

Bekas pakar bedah ditetak 4 peragut

myMetro | Bekas pakar bedah ditetak 4 peragut: "KUALA LUMPUR: Seorang bekas pakar bedah cedera di kepala selepas ditetak empat penjenayah yang meragut telefon bimbitnya, di Damansara Perdana, di sini, semalam.

Kejadian jam 3.40 petang itu berlaku ketika mangsa baru keluar dari kedai dan berjalan menuju ke keretanya di kawasan berdekatan.


Ketika kejadian mangsa sedang menghubungi rakannya sebelum didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal.

Mangsa, Dr Frank Au Yang Abdullah, 47, berkata, dua lelaki yang berusia 20-an itu terus menyentap telefon bimbit yang dipegangnya.


Katanya, terkejut dengan kejadian itu, dia menolak kedua-dua lelaki itu hingga jatuh.


“Melihat dua lelaki itu terjatuh, dua rakan suspek muncul dengan parang panjang dan terus melibas ke kepala saya,” katanya.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, dia mengalami kerugian RM2,000 selepas telefon bimbitnya dibawa lari.


Selepas kejadian, orang ramai yang berada di lokasi membantu menghantarnya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Pantai untuk siasatan lanjut."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment