Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Bedilan bahan kimia

myMetro | Bedilan bahan kimia:

GAZA: Tentera Israel didakwa turut menggunakan senjata kimia dalam serangan bermula 14 November lalu apabila ada mangsa mengalami sesak nafas selepas terhidu gas putih sejurus roket tentera Israel meledak.
Mangsa, Suleiman Dahud, 40, berkata, gas berbau memualkan itu tersebar selepas roket dari jet pejuang F-16 milik Israel meledak dan mengenai kawasan kediaman padat di bandar ini.

Menurutnya, bau gas putih itu menyebabkan ramai mangsa yang berada berhampiran tempat kejadian sesak nafas dan ada yang pitam.
“Saya tidak pasti jenis kimia yang diisi di dalam kepala roket itu, namun kami amat takut sekiranya kimia berbahaya fosforus diguna pakai Israel sekali lagi.

“Sebelum ini beribu-ribu warga Gaza maut dan parah melecur terbakar sewaktu rejim Zionis menggunakan senjata kimia kejam itu secara besar-besaran dalam serangan terakhir pada Disember 2008,” katanya.

Dia yang masih trauma dengan perkataan fosforus mendakwa adik lelakinya berusia 10 tahun pernah melecur di tangan akibat senjata biologi kejam digunakan itu.
“Kesan luka itu mengambil masa berbulan lamanya untuk sembuh dan kulit tangan berparut seolah-olah disimbah asid. “Tentera Israel ibarat tentera dari neraka. Serangan kali ini bukan hanya membabitkan roket dan bom malah mereka menggunakan segala senjata dan kelengkapan tentera dimiliki untuk mengepung serta memusnahkan Gaza bermula 14 November lalu,” katanya.

Menurutnya, selain jet pejuang tanpa pemandu dikenali drones dan jet pejuang F-16, Israel turut mengerahkan pasukan kereta kebal, armada kapal laut dan infantri meriam untuk membedil Semenanjung Gaza tanpa henti. “Kami penduduk Gaza memang menyedari niat jahat Israel yang cuba meracuni kami dengan pelbagai senjata kimia termasuk sisa radioaktif yang sengaja diletakkan pada kepala peluru berpandu atau roket digunakan,” katanya.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment