Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

Awang Hitam mulut manis

myMetro | Awang Hitam mulut manis: "KUALA LUMPUR: “Awang Hitam memang bijak bermain kata-kata seolah-olah amat meyakinkan. Malah lakonan berlagak pandai mereka juga sungguh berkesan,” kata penganalisis jenayah, Datuk Akhbar Satar.

Menurut beliau, walaupun banyak kali didedahkan di akhbar, kes penipuan Internet yang didalangi warga Afrika atau lebih dikenali sebagai ‘African Scam’ seolah-olah tidak berkesudahan.


“Permainan mereka amat meyakinkan sebab mereka tahu bukannya mudah untuk mendapatkan wang dalam jumlah besar daripada mangsa yang hanya dikenali melalui Internet.

“Perancangan mereka cukup teliti beserta dengan ‘bukti’ yang direka-reka dan wanita yang sunyi pula mudah tertipu kerana terlalu percaya dengan apa yang dikatakan.


“Tambahan pula apabila mereka melaburkan sedikit wang pada mulanya sebelum mengambil segala-galanya yang ada pada wanita yang menjadi mangsanya,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment