Search This Blog

Tuesday, December 11, 2012

Anak koma mula bercakap

myMetro | Anak koma mula bercakap: "IPOH: Selepas 10 hari koma akibat jangkitan virus Leptospirosis atau kencing tikus, seorang pemuda kini sudah mampu tersenyum dan mula bercakap sejak tiga hari lalu sekali gus menceriakan seluruh ahli keluarganya.

Sebelum ini, Mohamad Firdaus Abdul Rahman, 22, terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, pada 25 November lalu akibat jangkitan virus ketika berkelah di kawasan air terjun di Ulu Chepor.
Malah, doktor pakar yang merawatnya pada masa itu sukar meramalkan Mohamad Firdaus akan bebas daripada jangkitan itu selepas virus berkenaan mula menyerang paru-parunya.

Bagaimanapun, doa tidak putus-putus ahli keluarga dan rakannya berhasil apabila Mohamad Firdaus kini bebas daripada jangkitan virus bahaya itu serta dipindahkan ke wad biasa sejak tiga hari lalu.


Bapanya, Abdul Rahman Ngah Ariffin, 54, dan ibunya, Fauziah Mohd Noor, 49, nyata syukur perkembangan itu biarpun sebelum ini kerap berendam air mata memikirkan nasib anak kedua mereka."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment