Search This Blog

Saturday, December 15, 2012

Ajal guru besar balik kenduri

myMetro | Ajal guru besar balik kenduri:
ENGKILILI: Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) St Augustine, Betong, maut apabila kenderaan dipandunya ketika dalam perjalanan pulang selepas menghadiri kenduri di Sri Aman, bertembung dengan lori di Kilometer 40, Jalan Sri Aman-Betong di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, John Achil Kedit, 55, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza itu dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori lima tan tanpa muatan.

Jurucakap polis berkata, akibat pertembungan itu, kenderaan dinaiki mangsa bersama isterinya, Saribon Kodeng, 49, remuk teruk manakala lori berkenaan terbalik di bahu jalan.
Menurutnya, pertembungan itu menyebabkan John parah di dada dan kepala sebelum meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya dan pemandu lori, Chong Nyong Jiu, 57, dikejarkan ke Hospital Sri Aman kerana turut parah.

“Isteri mangsa cedera di kepala akibat terhantuk pada cermin depan kereta dan patah tulang rusuk manakala pemandu lori patah kaki kanan,” katanya.

Sementara itu, saksi kejadian, Francis James, 47, berkata, ketika kejadian dia menunggang motosikal dari rumahnya untuk menoreh getah di kebun berdekatan sebelum dikejutkan bunyi dentuman kuat.
“Sebaik mendengar dentuman itu, saya yakin ia kemalangan jalan raya dan segera berpatah balik sebelum ternampak dua kenderaan tersadai.

“Ketika memeriksa keadaan mangsa dalam kedua-dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu, saya dapati pemandu Toyota Avanza tidak bergerak manakala isterinya cedera dan masih sedarkan diri,” katanya.'via Blog this'

3 comments:

  1. Semua informasi tidak tepat! menjejaskan nma baik org! This inaccurate news making family, close friends and relatives very upset. GET YOUR FACTS RIGHT BEFORE PUBLISHING!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. THIS IS ALL LIES! MENJEJASKAN NAMA BAIK ORANG! THINK PROPERLY BEFORE YOU PUBLISHING THIS NEWS! THIS REALLY UPSET US AND MAKING ALL OF US MAD!

    -NATALIA JOHN-

    ReplyDelete
  3. Balik kenduri?? Where and what kenduri? 3am??! THREE AM!!!???

    ReplyDelete