Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

90 pekerja cedera pelantar minyak runtuh

myMetro | 90 pekerja cedera pelantar minyak runtuh: "SINGAPURA: Sebahagian pelantar minyak runtuh di limbungan Singapura semalam, menyebabkan 90 pekerja cedera.

Seorang pekerja dalam keadaan kritikal manakala 22 lagi cedera parah dalam satu kemalangan paling buruk di negara ini.
Kejadian berlaku di Limbungan Jurong, yang dimiliki oleh Sembcorp Marine Ltd, syarikat pembuat pelantar terbesar dunia.

Dalam kenyataannya, Sembcorp berkata, “Siasatan awal mendapati satu daripada tiga kaki mekanisme pelantar tidak berfungsi, menyebabkan ia senget ke satu arah. Semua kerja-kerja di pelantar diberhentikan”


Syarikat Sembcorp Marine yang mempunyai kaitan dengan pelabur Singapura, Temasek Holdings Pte Ltd, berkata, kemalangan itu berlaku ketika ujian dibuat ke tasa pelantar yang masih dadalam pembinaan.


Kejadian terburuk pernah berlaku di Limbungan Jurong di mana 76 orang terbunuh dalam letupan kapal minyak Greek, Spyros, pada Oktober 1978.

Dalam enam bulan pertama tahun ini, 26 pekerja terbunuh ketika bekerja, berbanding 31 pada tempoh masa sama pada 2011. - Reuters"

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment