Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

40 motosikal hangus

myMetro | 40 motosikal hangus:

GEORGETOWN: Perbuatan khianat dipercayai menyebabkan 40 motosikal yang diletakkan di tempat parkir musnah dalam satu kebakaran di sebuah flat di Paya Terubong, Air Itam, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, pelbagai jenis motosikal hangus sebelum ia disedari beberapa penduduk sebelum menghubungi bomba.

Pasukan bomba yang tiba di tempat kejadian mengambil masa hampir 15 minit untuk mengawal dan memadam kebakaran.
Kebakaran itu menyebabkan kerugian dianggarkan mencecah RM100,000.

Pemilik motosikal yang hanya mahu dikenali sebagai Riduan, 23, berkata, dia terkejut motosikalnya turut musnah dalam kebakaran itu.

“Ketika itu, saya sedang menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia sebelum dikejutkan jeritan penduduk yang memaklumkan ada kebakaran di kawasan parkir.
“Saya terus turun untuk menyelamatkan motosikal, tetapi gagal kerana api marak dengan begitu cepat,” katanya.

Menurutnya, dia baru empat bulan membeli motosikal berkenaan kecewa kerana kenderaannya itu hangus.
“Saya percaya perbuatan ini dilakukan individu tertentu yang tidak berpuas hati,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kes berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal tidak menemui sebarang bahan bakar berhampiran kawasan kejadian, tetapi polis tidak menolak kemungkinan ia adalah perbuatan khianat pihak tertentu.

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment