Search This Blog

Thursday, December 6, 2012

340 penyu, 65 ular dirampas kastam

myMetro | 340 penyu, 65 ular dirampas kastam: "BANGKOK: Pegawai kastam merampas lebih 340 ekor penyu, 65 ekor ular, cicak gecko dan sumpah-sumpah dalam dua cubaan penyeludupan berasingan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, semalam.

Penyu yang disimpan dalam 50 kotak itu dibawa dari wilayah Chon Buri ke lapangan terbang terbabit awal pagi semalam, kata Ketua Timbalan Jabatan Kastam, Yuthana Limkaroon. Pemandu yang membawa haiwan berkenaan memberitahu polis, dia tidak menyedari kotak itu mengandungi haiwan spesies terancam terbabit. Limkaroon berkata, syarikat eksport agensi antarabangsa, PYS memberitahu kastam bahawa 50 kotak itu mengandungi sayur-sayuran yang akan dihantar ke Hong Kong.


Ia adalah rampasan kedua terbesar penyu seludup dilakukan kastam dan pihak perhilitan. Pada April lalu, pihak berkuasa merampas 500 ekor penyu di lapangan terbang terbabit sebelum haiwan berkenaan sempat diseludup keluar negara. Dalam satu lagi kes penyeludupan haiwan liar, kastam merampas 65 cicak gecko, sumpah-sumpah dan ular yang disembunyikan dalam bagasi seorang penumpang warga Kuwait berusia 30 tahun."

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment