Search This Blog

Tuesday, December 4, 2012

32 sekolah musnah disasar roket Zionis

myMetro | 32 sekolah musnah disasar roket Zionis:
GAZA: Impian kanak-kanak dan remaja Palestin mendapat pendidikan sempurna seperti rakan mereka di negara lain terus berliku apabila 32 sekolah musnah sepanjang lapan hari Israel membedil bandar ini, bermula 14 November lalu.
Timbalan Menteri Pendidikan Palestin di Semenanjung Gaza, Dr Anwar Alif Barwai yang ditemui Harian Metro di sini berkata, kemusnahan teruk dialami struktur bangunan sekolah membuktikan ia sememangnya menjadi sebahagian sasaran serangan yang dirancang tentera Israel dan bukannya tidak sengaja.

Menurutnya, pihak Yahudi Israel sememangnya berniat mahu menghancurkan kemudahan dan sistem pendidikan umat Islam Palestin Gaza bagi merencatkan masa depan generasi muda.
“Setakat ini beribu-ribu pelajar Gaza tidak mendapat kemudahan pembelajaran sempurna dan menumpang di beberapa sekolah lain untuk meneruskan sesi pembelajaran.

“Tindakan Israel seharusnya dikecam pihak antarabangsa. Hak untuk belajar dan mendapat ilmu pengetahuan adalah hak semua kanak-kanak dan ia tidak harus dijadikan sasaran peperangan,” katanya.

Sementara itu, Dr Anwar berharap kementerian pendidikan di Gaza mampu menjadikan Malaysia sebagai contoh bagi memaju dan menaik taraf pendidikan di negara itu.

“Saya mendapat tahu sistem pendidikan di Malaysia sudah berkembang pesat dan menjadi acuan kepada beberapa negara Islam lain. Ini sesuatu yang membanggakan dan kami harus belajar dari pengalaman Malaysia. “Kami harap kerajaan Malaysia sudi berkongsi pengetahuan bagi membina sistem kokurikulum kondusif kepada pelajar di Gaza,” katanya.

Menurutnya, semoga suatu hari nanti pihaknya mampu menyediakan sekolah serba lengkap dengan prasarana moden untuk generasi muda Gaza yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan.
“Setakat ini ada 85 sekolah di Semenanjung Gaza yang masih terselamat dan menjadi sekolah projek bagi memastikan semua pelajarnya turut mempunyai kekuatan mental dan fizikal bagi mengharungi ancaman berterusan Israel,” katanya.

Tinjauan wartawan Harian Metro di sekitar bandar ini semalam mendapati beberapa guru dan pelajar yang terbabit dalam serangan itu giat mengumpulkan semula buku teks dari celah runtuhan bangunan sekolah.

Seorang guru ditemui, Fathma Majeed, 35, berkata, buku teks itu perlu dikutip dan digunakan semula berikutan mereka tidak mampu membeli buku teks baru untuk pelajar.'via Blog this'

No comments:

Post a Comment