Search This Blog

Saturday, December 15, 2012

22 murid cedera ditikam

myMetro | 22 murid cedera ditikam:

BEIJING: Seorang lelaki menikam 22 murid sekolah rendah dengan pisau dalam satu serangan di negara ini semalam, kata pihak berkuasa.
Bagaimanapun, penyerang sudah ditahan, kata jurucakap pihak berkuasa tempatan di Guangshan, wilayah Henan di tengah negara itu, tempat insiden berlaku. Seramai 22 murid sekolah rendah ditikam, selain seorang penduduk kampung, tetapi tiada mangsa dilaporkan meninggal dunia. Akhbar kerajaan China News Service berkata, lelaki itu menyerang murid berkenaan dengan pisau di luar sekolah menyebabkan mereka tercedera. China menyaksikan beberapa serangan terhadap kanak-kanak sejak dua tahun lalu, termasuk lima kejadian pada 2010 yang membunuh 15 kanak-kanak dan dua orang dewasa serta mencederakan lebih 80 yang lain.

Serangan itu memaksa pihak berkuasa meningkatkan keselamatan di kawasan sekitar sekolah dan menggesa lebih banyak penyelidikan dilakukan mengenai punca kejadian sedemikian.
Jenayah ganas kian meningkat di China sejak beberapa dekad kebelakangan ini ketika ekonomi negara itu kian memuncak dan jarak antara golongan kaya dan miskin semakin meluas. Kajian turut mensifatkan peningkatan ketara gangguan mental, sesetengahnya mengaitkan ia dengan tekanan berikutan gerakan kehidupan menjadi lebih pantas dan sistem sokongan sosial makin pupus. - AFP

'via Blog this'

No comments:

Post a Comment