Search This Blog

Thursday, November 8, 2012

Wanita dituduh kendali sindiket 1,800 pelacur



 
Jakarta: Seorang wanita Indonesia dituduh menjalankan peluan menerusi tempahan internet menafikan mengaut keuntungan daripada kegiatan itu.

Tertuduh, Yunita dibicarakan di mahkamah daerah Surabaya, Jawa Timur dan menghadapi beberapa dakwaan termasuk pemerdagangan manusia.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara 15 tahun. Defendan berusia 34 tahun itu dituduh mengatur pertemuan pelacur dengan pelanggan berpotensi menerusi mesej pesanan ringkas (SMS) BlackBerry Messenger.

Dalam satu kes, seorang pelacur memberitahu polis, Yunita mengarahkannya ‘menghiburkan’ seorang pelanggan yang membayar 15 juta rupiah (RM4,769).

1/3 masuk akaun

Satu pertiga daripada bayaran itu dimasukkan ke dalam akaun tertuduh, kata pelacur itu.

Yunita mempunyai 30 pelacur yang bekerja di bawahnya tetapi ‘rakan-rakannya juga menjadi ejen menguruskan 1,800 pekerja seks di bandar utama termasuk Surabaya dan Bali.
Peguam bela Yunita, Erry Meta, berkata ada kesilapan besar dalamn pendakwaan itu.

“Defendan tidak pernah meminta wang daripada mereka atau mendapat untung daripadanya,” kata Meta kepada wartawan.

“Pelacur terbabit sudah biasa menghantar wang kepadanya. Dia tidak pernah tahu sama ada mereka pernah melayan pelanggan.

“Yunita tidak pernah arah mereka. Dia tidak pernah beritahu mereka apa yang perlu dibuat, jadi dakwaan itu tidak benar sama sekali,” kata Meta. - AFP

No comments:

Post a Comment