Search This Blog

Thursday, November 1, 2012

Tiga maut lori terbalik

KUANTAN: Tiga buruh ladang warga Indonesia terbunuh manakala tiga lagi cedera parah dan enam lagi cedera ringan selepas lori ‘hantu’ yang dinaiki untuk pulang ke rumah kongsi masing-masing terbabas sebelum terbalik dalam longkang di Jalan Ladang Timur Oil Palm, dekat Maran, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.40 petang itu, tiga mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Mansur, 31, Badrul dan Nasrudin masing-masing berusia 39 tahun. Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala selepas tercampak ke dalam semak sejurus lori berkenaan terbalik.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, tiga lagi rakan mangsa yang cedera parah ialah Zanwadi serta Ahyar masing-masing berusia 26 tahun dan Rosedi, 28, dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshah), Temerloh untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, ketika kejadian semua mangsa duduk di bahagian belakang lori berkenaan untuk pulang ke rumah kongsi mereka di Maran selepas selesai bekerja di ladang kelapa sawit.


Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian iaitu laluan menuruni bukit, lori itu dipercayai mengalami masalah teknikal menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan berat berkenaan sebelum terbabas dan terbalik dalam longkang.

No comments:

Post a Comment