Search This Blog

Friday, November 9, 2012

Tidak mengaku hina Sultan Johor


AHMAD Abd. Jalil (kanan) didakwa atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam.
JOHOR BAHRU 8 Nov. - Seorang juruukur kuantiti mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman sosial Facebook bulan lalu.
Ahmad Abd. Jalil, 27, dari Klang, Selangor membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zamri Bakar.
Bagi tuduhan pertama, Ahmad didakwa memuat naik satu status di akaun laman Facebook yang didaftarkan atas nama 'Zul Yahya' tertera perkataan menghina Sultan Johor di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Kampung Pasir, Tampoi di sini kira-kira pukul 3 petang, 21 Oktober lalu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121109/ma_01/Tidak-mengaku-hina-Sultan-Johor#ixzz2Bjj8NfBW
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment