Search This Blog

Friday, November 23, 2012

Tertetak jari kawan

KUALA TERENGGANU: Aksi tangkas dua pesilat menggunakan parang ketika melakukan pertunjukan di sebuah ekspo berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka terkena tetakan sehingga menyebabkan jari tangan kanan hampir putus.

Berikutan insiden itu yang berlaku di Padang Astaka, Dungun, jam 6.30 petang Isnin lalu, Abdul Malek Hassan, 20, kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini.
Abdul Malek berkata, ketika kejadian dia dan rakannya, Abdul Muiz Husin, 20, melakukan demonstrasi seni silat gayung dengan bertarung menggunakan parang.

“Malangnya selepas beberapa langkah berbalas serangan, Abdul Muiz tertetak jari tengah tangan kanan saya tetapi ketika itu saya tidak menyedarinya kerana tidak berasa sakit.


“Bagaimanapun, ketika hendak membalas serangan Muiz, saya terkejut apabila melihat jari hantu saya terkulai dan hampir putus menyebabkan saya terus berhenti beraksi,” katanya yang ditemui, semalam.

No comments:

Post a Comment