Ghuzlan Saleh
Ghuzlan Saleh
KULIM - Seorang ibu berusia 20-an terkejut apabila mendapati kemaluan bayi perempuannya berusia lima bulan melecet.

Ketua Polis Daerah Kulim, Ghuzlan Saleh berkata, waris mangsa menyedari kecederaan itu apabila hendak memandikan mangsa sebaik sahaja diambil dari rumah pengasuh.

Menurutnya, mangsa akan dihantar kepada pengasuh setiap hari memandangkan ibu bapanya bekerja.

Terkejut dengan kejadian berlaku terhadap diri mangsa yang masih kecil, ibu bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kulim.

“Polis sudah mengarahkan waris membawa mangsa membuat pemeriksaan di Hospital Kulim untuk mengesahkan kecederaan yang dialami oleh mangsa. Sekiranya doktor mengesahkan terdapat unsur jenayah berlaku kepada dirinya, polis akan menjalankan siasatan dan menahan mereka yang terlibat. "

Sehingga kini tidak ada sebarang tangkapan dilakukan,” katanya.