Search This Blog

Thursday, November 8, 2012

Tak sempat tatap anak



RAS AL-KHAIMAH: Seorang lelaki warga Emiriah Arab Bersatu terbunuh selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan malam Ahad lalu, pada hari yang sama anak sulungnya dilahirkan.


Lelaki berusia 32 tahun itu maut selepas keretanya berlanggar dengan motosikal dan terbabas di Jalan Al-Seh di sini, kata polis.



Pengarah Jabatan Trafik dan Rondaan balai polis Al-Khaimah, Leftenan Kolonel Ali Said Al-alkim, berkata, mangsa terbunuh selepas kereta dipandunya berlanggar dengan motosikal yang ditunggang pemandu dari Asia. Nahas berlaku apabila mangsa membelokkan kenderaannya untuk mengelak daripada melanggar motosikal yang memasuki jalan raya secara membabi-buta.




Kereta dipandu mangsa lalu terbabas dan berpusing sebanyak tiga hingga empat kali sebelum tersadai di kawasan berpasir.



Penunggang motosikal mengalami cedera ringan, manakala pemandu kereta yang dikejarkan ke hospital kemudian disahkan mati ketika dirawat. Anak lelaki mangsa baru dilahirkan di hospital sama pada awal pagi sebelumnya. Teman rapat mangsa memberitahu, lelaki itu bercadang untuk menziarahi isteri dan anak lelakinya di hospital tetapi belum sempat untuk berbuat demikian. - GN

No comments:

Post a Comment