Search This Blog

Friday, November 23, 2012

‘Sepatutnya saya bawa lori’

IPOH: “Saya sepatutnya mengambil giliran memandu dari Rawang, Selangor sebelum meneruskan perjalanan ke Kedah. Namun, Zulkifli mungkin meneruskan pemanduan selepas mendapati saya tertidur,” kata kelindan treler, Mohd Rozi Mat Sharif, 44, mangsa yang terselamat dalam kemalangan ngeri di kilometer 294.1 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gopeng, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam nahas itu, treler dinaiki Mohd Rozi merempuh lapan pekerja syarikat Projek Penyelenggara Lebuhraya Berhad (Propel) yang sedang bertugas di lorong kecemasan menyebabkan empat daripada mereka maut.
Mohd Rozi yang ditemui wartawan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini berkata, ketika kejadian, rakan setugasnya, Zulkifli Mohd Noor, 41, memandu treler itu dari Johor Bahru.

“Saya tidak ingat apa-apa yang berlaku...sedar-sedar saya terbaring di tepi longkang selepas tercampak keluar dari lori akibat kemalangan itu.


“Saya sepatutnya menukar giliran memandu dari Zulkifli di Rawang...entah kenapa dia meneruskan perjalanan tanpa menukar giliran memandu,” katanya.

No comments:

Post a Comment